SEGALA CERITA YANG ANA PAPARKAN

segala cerita yang ana paparkan adalah rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan sesiapa..apatah lag diri ana..jika ada persamaan..ianya hanyalah secara kebetulan sahaja..wallahu'alam..=)

Friday, June 18, 2010

Tinta Buat Saudariku

~KALAU KECANTIKAN WANITA DIUMPAMAKAN DENGAN PERMATA, MAKA BUDI PEKERTI MULIA DIUMPAMAKAN SEBAGAI SAHAM DI HARI KEMUDIAN~

Saudariku,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak solehah buat ayah ibumu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu,
didiklah anak-anakmu agar dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Saudariku,
andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau jodohmu,
ingatlah saudariku janji Tuhan kepada kita,
wanita yang baik untuk lelaki yang baik,
jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki bukan muhrim
kerana aku khiatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirlah senyuman
lantas tercetusnya salam
salam yg akan disusuli pertemuan,
takut terlahitnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Saudariku..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
tidak memilih lelaki melalui keseksian
lelaki warak tidak menilai wanita melalui keayuannya
,kemanjaannya, serta kemampuanmu mengoncang iman lelaki,
tetapi lelaki baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya
dan paling penting pegangan agamanya..

lelaki baik itu langsung tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut untuk memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan dengan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu saudariku,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkanlah pendirianmu..
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya Allah mengisi segenap ruang jiwamuu,
biarlah kedua ibubapamu yang memberi hangatnya kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik yang membahagiakan dirimu.

Saudariku,
cintailah Allah sepenuh hatimu kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah,
cintailah ibubapa semoga redha Allah bersamamu,
cintailah keluargamu kerana di situlah kehidupanmu bermula, suka duka bersama mereka,

~Kumohon saudari- saudariku, kumohon,..
JANGAN, JANGAN sesekali tangan yang mengoncang dunia, juga yang mengoncang iman lelaki
kasihanilah mereka, jagalah dirimu,..

~Mudah- mudahan anda dapat menikmati hidup yang paling getir, mudah- mudahan anda mampu terus gembira, walaupun semua orang terus bermuram durja~

No comments:

Post a Comment